10 Fakta Menarik Sukan Olimpik

1. Moto sukan Olimpik telah dicipta oleh pengasas Olimpik moden iaitu Pierre De Coubertin yang telah meminjam pepatah Latin daripada rakannya yang bermaksud Swifter, Higher, Stronger.

2. Bendera rasmi sukan Olimpik mempunyai 5 gegelung yang bersambung antara satu sama lain berlatarbelakangkan warna putih. Gelang-gelang ini melambangkan 5 buah benua yang ada di dunia dan berwarna biru, kuning, hitam, hijau dan merah. Warna-warna ini dipilih kerana salah satu daripada warna tersebut pasti dimiliki oleh mana-mana bendera negara. Ia pertama kali dinaikkan pada Sukan Olimpik 1920.

Official Olympic Flag

 

 

 

 

 

3. Pingat emas terakhir yang diperbuat daripada emas sepenuhnya telah diberikan kepada pemenang dalam kejohanan Olimpik pada tahun 1912.

4. Acara marathon pertama telah dianjurkan pada 1896 dengan jarak lebih kurang 25 batu.

5. Sukan Olimpik 1908 yang diadakan di London menyaksikan pertama kali upacara pembukaan dianjurkan.

6. Kerana perang dunia 1 dan perang dunia 2, sukan olimpik tidak dapat dianjurkan pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

7. Wanita hanya dibenarkan bertanding dalam sukan olimpik moden yang kedua iaitu pada tahun 1900.

8. Sukan tenis pula pernah dipertandingkan sehinggalah olimpik tahun 1924 dibatalkan, sehinggalah pada tahun 1988 apabila ia dimulakan semula.

imagegen

 

 

 

 

9. Rusia pernah menghantar atletnya pada tahun 1908 dan 1912 namun sejak itu tiada atlet yang dihantar oleh negara mereka sehingga tahun 1952.

10. Pingat-pingat sukan Olimpik biasanya akan direkabentuk di negara-negara yang menganjurkan sukan tersebut. Setiap pingat ini mesti mematuhi piawaian ukurannya iaitu 3mm tebalnya dan 60 mm diameternya. Malahan pingat emas dan perak mesti dibuat daripada 92.5 % perak yang mana pingat emas itu sendiri dilitupi oleh emas sebenar sebanyak 6 gram.

thCADA31IA

Leave a comment

All fields marked (*) are required