15 Fakta Negara Jepun

1. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

Gunung-Sakurajima-Jepang-13

 

 

 

 

 

 

4. Terdapat satu ‘vending machine’  di setiap selekoh. ‘Vending Machine’ di sana bukan setakat menjual air malah anda boleh membeli bateri, rokok, buku komik, sosej malah mentol lampu daripadanya.

japanese_vending_machines

 

 

 

 

 

 

5. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak di dalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

japanese-chopsticks

 

 

 

 

 

6. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga bijan.

Japanese-Pizza-8

 

 

 

 

 

7. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

8. Tidak menghairankan lagi sebiji epal boleh berharga 2 dolar.

9. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam di sana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

10. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

11. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun.

12. Lampu trafik hijau di sana dipanggil ‘biru’.

13. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

14. Menjadi kebiasaan, seseorang akan berpindah ke rumah baru, patut memberikan antara 1,000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

15. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam.

Leave a comment

All fields marked (*) are required