5 Tanda Hubungan Tidak Serasi

Hari ni Bro Ummah nak kongsikan tentang tanda-tanda hubungan tak serasi. Sekiranya korang belum jumpa lagi jawapan dia. Perhatikan 5 tanda berikut. Sekiranya ianya berlaku dalam perhubungan korang bererti kamu dan si dia tidak serasi untuk bersama..

thCAG1NX7P1) Setiap kali jumpa mesti bergaduh

Pantang jumpa, ada je benda yang nak bertengkar. Walaupun yang didebatkan hanya isu-isu kecil. Kalau dah setiap kali jumpa bercakar macam anjing dengan kucing, sudah tentulah ada yang tidak kena dengan hubungan kamu.

2) Sukar memahami

Inilah tanda-tanda awal dan mungkin akan menyebabkan perpisahan. Bayangkanlah kalau si dia tidak boleh ikut dengan perangai kamu dan begitu juga kamu yang merasakan si dia tidak menepati ciri-ciri diimpikan. Sekiranya masing-masing susah untuk bertolak ansur apa gunanya berkawan lagi.

 

3) Masing-masing suka ikut hati sendiri

Apabila tiba masa membuat keputusan terhadap sesuatu perkara, masing-masing nak tunjuk pandai dan tidak mahu mengalah. Si dia tetap mengatakan keputusannya lebih baik daripada kamu. Semua idea-idea kamu tip-top, akhirnya apa benda pun tidak menjadi sebab dua-dua keras kepala.

4) Tiada rasa cemburuthCARP0L9S

Apabila kamu atau si dia berjalan dengan orang lain, masing-masing tidak ambil kisah. langsung tidak ada rasa cemburu. Ini memang kes parah, sebab cemburu tandanya sayang. Sekiranya dua-dua sudah tidak kisah,maknanya hati si dia dan kamu bukanlah untuk pasangan masing-masing sebenarnya.

 

 

 

5) Sukar bergaul dengan keluarga dan kawan si dia

Walaupun pelbagai cara telah dicuba dan dilakukan, tetapi si dia dan kamu masih gagal menempatkan diri masing-masing dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga masing-masing. Sedangkan hidup bermasyarakat itu adalah penting, bukan kamu dengan dia saja yang ingin hidup dalam dunia.

002t0516ay9

Ini sekadar perkongsian sahaja. Kalau ada nampak tanda-tanda tu jangan la pulak terus melulu buat keputusan nak putuskan hubungan. Fikir dulu sebelum membuat keputusan. Lagi satu, apa-apa pun kita perlu mengikut landasan Islam dalam perhubungan. Jangan salahkan Bro Ummah pulak nanti. 😛

Leave a comment

All fields marked (*) are required