5 Tip Mekap Sederhana. Bagaimana?

Make-up-cosmeticsLaporan: Sis Ummah

Mengenakan mekap ibarat menyalakan lampu di tempat yang gelap. Sebab itu kebanyakan wanita baik yang masih muda mahupun dewasa memilih untuk mengolesi wajah dengan solekan kerana ia mampu menaikkan seri.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita berdandan asal niatnya betul dan penampilan wajah kita juga tidak keterlaluan. Bagi yang sudah bersuami bila kita bersolek di rumah untuk tujuan memperagakannya kepada ‘cinta hati’ kita tentulah itu yang terbaik. Empunya diri rasa lebih cantik manakala suami sedap memandang surinya sentiasa.

Manakala untuk keluar rumah cukuplah ‘melukis’ wajah secara sederhana. Bagaimana yang dikatakan mekap sederhana? Bila diajukan soalan ini kepada  seorang juru solek popular, Sis Ummah mendapat jawapan yang berikut:

1. Mekap yang sederhana ialah yang gincu, pemerah pipi dan pembayang mata tidak menggunakan warna yang ‘menyala’ atau terlalu terang sampai boleh nampak dari jauh.

2.  Bulu kening tidak boleh dicukur dan kemudian dipantis pula dengan satu ukiran ketara, itu keterlaluan.

3. Sapuan bedak perlu sekata dengan warna kulit dan tidak kelihatan seperti tepung gomak. Contoh: kulit sawo matang tetapi warna bedak dalam kategori paling putih atau cerah. Bedak asas atau ‘foundation’ yang terlalu tebal juga akan menghilangkan kesederhanaan solekan.

4. Kita kena juga ingat solekan perlu juga diselarikan dengan pakaian dan tudung yang dipakai. Memilih warna yang terlalu kontras seperti ‘colour blog’ yang popular sekarang tentunya tidak menerbitkan sederhana. Warna-warna semulajadi dan tanah ternyata lebih tepat untuk tujuan ini.

5. Tip terakhir daripada jurusolek kita kali ini ialah kosmetik yang terbaik untuk dipakai tentulah yang boleh dibawa solat. Contohnya: Simply Siti milik Dato’ Siti Nurhaliza yang kita ketahui telah disahkan oleh JAKIM.

Ayuh,  marilah perbaiki sama-sama solekan kita selepas ini ya!

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required