5 Tip Untuk Kulit

tip-cantik-mudah-1050x700

 

 

 

 

 

1. Banyakkan minum air masak/suam sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas setiap hari. Ia akan membantu mengurangkan kekeringan kulit.

2. Pakai produk penjagaan kulit yang menggunakan sumber makanan mengikut kesesuaian dengan kulit anda. Anda boleh mengamalkan minuman atau makanan yang mengandungi kolagen (vitagen dengan kolagen), suplemen antioksidan dan sebagainya.

3. Sentiasa memastikan waktu tidur anda mencukupi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari. Selain itu, melalui tidur yang mencukupi, anda juga dapat menyelesaikan masalah lebam dan bengkak di bawah mata.

4. Produk pencuci muka juga amat penting pada penjagaan kulit wajah. Pastikan ia sesuai dengan kulit wajah mengikut jenis kulit kering, normal, sensitif, kombinasi atau berminyak.

5. Pelembap juga amat penting untuk kulit wajah tidak kira sama ada anda berkulit berminyak atau kering. Buat pengetahuan anda, ia terbahagi kepada dua iaitu krim atau losen. Setiapnya mengikut kesesuaian mengikut kulit yang berbeza-beza. Oleh itu dapatkan nasihat daripada jurujual sebelum membelinya. Pastikan ia mempunyai SPF 25 kerana boleh melindungi kulit dari sinaran matahari.

Leave a comment

All fields marked (*) are required