6 Tips Mencari Orang Yang Kamu Sayangi

Bro Ummah percaya yang setiap orang pasti mempunyai teman yang sudah terputus hubungan sejak sekian lama. Bro Ummah ada beberapa tips untuk mencari orang yang korang sayangi. Pastinya seseorang itu sangat istimewa kerana anda masih mengingatinya walaupun sudah sekian lama terpisah.

thCAWJJY02

 

 

 

 

 

 

 

 

1) Laman Sosial

Bro Ummah rasa laman sosial seperti ini adalah satu medium yang paling popular dan mudah untuk mencari teman yang terputus hubungan. Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter kadangkala boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah seperti yang Bro Ummah katakan sebentar tadi. Tak susah pun, tulis nama dan tekan “Search”.

2) Internet

Tak salah menaip nama teman lama di laman  “Google” , “Yahoo” atau apa jenis medium carian menerusi data terbesar di Internet. Berkemungkinan nama penuhnya akan keluar menerusi alamat emel syarikat tempat lamanya bekerjja. Cubalah !

3) Ibu bapa

Ini pun antara usaha yang baik kalau anda betul-betul mahu mencari teman lama anda. Kembali mencari rumah orang tua si dia untuk menanyakan keadaan dan lokasi tempat tinggalnya sekarang. Hanya ibu bapa yang mengetahui perkembangan anak mereka. Mustahil jika ibu bapa si dia tidak tahu di mana anaknya tinggal. Jangan lupa minta nombor telefon sekali. 😛

4) Rangkaian teman

Bertanya kepada rakan-rakan yang lain. Misalnya bekas rakan sepejabat, rakan sekelas, bekas jiran perumahan dan pelbagai lagi. Siapa tahu mungkin ada pesanan dari teman buat korang.

5) Radio

Rajin-rajinkan diri untuk menghubungi talian radio dengan mengatakan anda mencari teman lama. Siapa sangka, medium seumpama ini lebih dekat kerana semua orang mendengar radio.

6) Kenangan

Cuba ingat kembali lokasi-lokasi kegemaran teman korang. Berkemungkinan teman korang tu masih lagi menjadikan lokasi tersebut sebagai lokasi utama untuk berehat. Mungkin rezeki korang jika terserempak dengan teman lama. 🙂

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required