7 Peringkat Menghidupkan Waktu Malam Anda. Bukan Seperti Pungguk Merenung Bulan

Janganlah jadikan waktu malam anda seperti pungguk merindui bulan. Asyik merenung sang bulan yang mengambang yang tidak pernah dapat dimilikinya. Pastinya itu sia-sia bukan?

Hidupkanlah waktu malam dengan mengerjakan ibadat malam dengan bersolat dan lain-lain. Menghidupkan waktu malam itu ada tujuh peringkat iaitu:

1. Menghidupkan seluruh malam iaitu semalaman suntuk. Hal ini adalah keadaan orang-orang yang benar-benar kuat dan pekerjaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT sahaja.

2. Bangun untuk melakukan ibadat selama separuh malam.

3. Melakukan ibadat selama satu per tiga malam dari separuh malam yang terakhir.

4. Melakukan ibadat selama satu per enam malam yang terakhir atau satu per lima daripadanya.

5. Tidak mengikut cara-cara yang di atas, tetapi seseorang itu tidur lalu menetapkan dia akan bangun malam pada suatu masa yang tidak akan ditentukan.

6. Seseorang itu bangun hanya sekadar cukup untuk melakukan solat empat atau dua rakaat sahaja.

7. Sekiranya uzur untuk bangun di tengah malam, maka seseorang itu tidak melalaikan untuk bangun sebelum solat Subuh atau sewaktu menjelangnya waktu sahur dan dia tidak tidur pada waktu subuh.

Leave a comment

All fields marked (*) are required