7 Tip Layan Suami Hari-Hari

 

IMG-20150307-WA0004

 

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik wanita adalah yang membahagiakan suami apabila suaminya memandangnya, yang sentiasa patuh kepada suruhan suaminya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya.”

1. Wahai suri senyum pada suami hari-hari. Apabila si dia pulang, hadiahkan kuntuman senyuman padanya dan tanya khabarnya hari ini.

2. Pastikan anda hadiahkan ciuman ‘tiba-tiba’ yang ghairah untuknya dan jadikan ia rutin utama walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kahwin. Layan suami cara yang dia tidak sangka.

3. Sudahkah wahai suri anda pm suami hari ini? Lakukan saat ini juga. “I love you very much” “Have a great day” “Rindu awak” dan apa saja yang muluk-muluk hantar padanya. Walaupun dah 25 tahun kahwin ya, jangan malu. Lakukan saja!

4. Cuba pastikan anda makan bersama paling tidak satu kali sheari. Jika jarak ofis masing-masing hampir cuba atur janji makan tengahari brdua.

5. Jangan bataskan minyak wangi dan dandanan bila masa tinggalkan rumah saja. Berwangi-wangilah dan bercantik-cantik untuk suami walaupun di rumah.

6. Jalan-jalan sambil pegang tangan suami. Rapat-rapatkan badan padanya supaya anda dan suami sentiasa ada sentuhan fizikal.

7. Apa masakan yang suami anda sukai? Tak tahu nak masak tak apa, belajar daripada kawan atau mentua atau familinya. Yang paling utama hidang apa yang  dia suka makan.

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required