Adab Berdoa

Berdoa kepada Allah sangat penting dalam kehidupan. Dengan berdoa kita menjadi lebih bersemangat. Malah Allah suka kepad hamba-Nya yang selalu berdoa. Apabila dilanda masalah kita kan berdoa kepada Allah supaya diberi jalan penyelesaian. Apabila kita sakit, kita akan berdoa kepada Allah supaya disembuhkan cepat penyakit kita. Apabila hendak menduduki peperiksaan pun kita berdoa moga mendapat kejayaan cemerlang.

Pendek kata, hidup sehari-hari kita bermula dengan doa dan berakhir dengan doa. Oleh itu, Bro ummah nak kongsikan adab-adab berdoa kerana berdoa amatlah penting dan Nabi s.a.w juga banyak mengajarkan doa untuk diamalkan. Salah satu doa tersebut ialah,

“Ya Allah, ya Tuhan kami, limpahkanlah pada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka.”

Adab Berdoa

38berdoa

 

 

 

 

 

 

 

Makbulnya doa bergantung kepada beberapa perkara, antaranya:

1) Mulakan doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

2) Memilih waktu yang baik bila berdoa seperti hari Jumaat, bulan Ramadhan, waktu sahur, waktu malam, pada hari Arafah dan lain-lain.

3) Memilih suasana yang baik seperti semasa kita sujud dalam solat.

4) Menghadap kiblat.

5) Berdoa dengan penuh tumpuan, yakin, rasa rendah diri dan penuh pengharapan serta takut kepada Allah.

6) Tidak meninggikan suara.

7) Berdoa menggunakan kata-kata yang mudah dan tidak berlagu.

8) Mengulang-ulang sebutan hajat.

9) Diri dalam keadaan bersih.

10) Bertaubat kepada Allah.

Jika doa tidak dimakbulkan Allah  jangan berputus asa dan jangan sekali bersangka buruk kepada Allah. Mungkin ada kesalahan telah kita lakukan tetapi kita tidak menyedarinya. Itu juga boleh menyebabkan doa tidak dimakbul Allah. Jika kita berdoa dan Allah masih tidak makbulkannya itu adalah kehendak Allah. Mungkin ganjarannya bukan di dunia. Sebaliknya Allah sembunyikan untuk digunakan di akhirat kelak. 🙂

Leave a comment

All fields marked (*) are required