Adab Manusia Terhadap Binatang

Allah ada meyebut binatang ini sebagai makhluk-Nya di dalam al-Quran. Firman Allah di dalam al-Quran surah al-An’am ayat 38 itu bermaksud begini:

“Dan tidak ada satu pun binatang yang merayap di bumi, dan tidak ada satu pun burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan.”

kucing

 

 

 

 

 

 

Ertinya Allah menjadikan binatang itu untuk hidup di bumi ini bersama manusia. Oleh itu, binatang juga ada hak dan kedudukannya di sisi Allah. Kerana itu juga manusia perlu menghormati binatang. Hadis-hadis Nabi riwayat Bukhari dan Muslim juga ada menyentuh tentang adab-adab terhadap binatang.

1) Mempunyai rasa belas kasihan dan sayang kepada binatang. Nabi s.a.w bersabda “Sesiapa yang tidak bersikap penyayang maka ia tidak akan disayangi (baik oleh Allah mahupun makhluk).”

2) Dilarang menganiaya binatang. Sahabat Nabi bernama Anas r.a¬† berkata: “Rasulullah s.a.w melarang mengurung untuk membunuh binatang.”

3) Memberi makan dan minum kepada binatang khasnya binatang ternakan dan peliharaan. Misalnya Nabi s.a.w ada menyebut bahawa sesiapa yang memelihara kuda dan memberi makan dan minum kudanya hingga puas, serta menjaga kebersihannya akan ditimbang beratnya sebagai kebaikan pada hari kiamat.

4) Jika binatang berbahaya, kita dianjurkan membunuhnya jika ia mengancam keselamatan kita. Namun, cara membunuhnya mestilah cara yang betul, bukan dengan cara menyeksanya.

5) Jika menyembelih binatang, hendaklah pula kita menggunakan pisau yang tajam. Menyembelih pun mestilah menurut adab-adab penyembelihan cara Islam.

Walaupun sekadar binatang, mereka juga makhluk Allah. Jangan kita berlaku kejam terhadap binatang. Jangan pula kerana benci dan marah kepada binatang lalu kita menyiksanya.

Leave a comment

All fields marked (*) are required