Aktivis Islam England Kunjungi Jakim.

UMMAHbaruPeterSandersJakim telah menerima kunjungan hormat seorang aktivis Islam England, Peter Sanders pada 25 Oktober lepas. Kunjungannya Peter Sanders atau nama Islamnya Abdul Adzeem membawa misi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah dan sumbangan para ulama terkenal Nusantara khasnya di Malaysia. Beliau diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Razak bin Haji Kechik, wakil sekretariat ABIM Kelantan. Ketibaan beliau disambut oleh Encik Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Encik Ruslan bin Said wakil daripada Bahagian Dakwah dan Encik Abdullah bin Mat wakil daripada Bahagian Pengurusan Fatwa, Jakim.
Saudara Abdul Adzeem dilahirkan di London pada tahun 1946 dan beliau memulakan kerjayanya sebagai jurugambar profesional pada pertengahan tahun 60-an. Beliau pernah mengambil gambar selebriti-selebriti terkenal seperti Jimi Hendrix, The Doors, Bob Dylan, The Who dan juga kumpulan muzik The Rolling Stones. Pada penghujung tahun 1970-an beliau mula mencari-cari sesuatu untuk ketenangan jiwa lalu takdir telah membawanya ke India. Sekembalinya ke London alhamdulillah beliau telah memilih Islam sebagai satu cara hidup dan agama untuk dianuti.

Leave a comment

All fields marked (*) are required