Allah Memberi Petunjuk

Ada seorang lelaki yang sangat terkenal dengan perangainya yang jahat. Nama lelaki itu Atabatul Ghulam. Suatu hari, terdetik di dalam hatinya untuk menyertai majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang ulama sufi terkenal bernama Hassan Al-Basri. Pada majlis itu, Hassan memperkatakan tentang taubat dan sifat Allah Yang Maha Pengampun. Hassan menjelaskan dengan terang berkenaan sifat Allah yang Maha Pengampun. Kata Hassan, “Apabila kita bertaubat kepada Allah dengan mematuhi¬†syarat-syaratnya, Allah akan tetap memberikan pengampunan walaupun kesalahan kita itu seperti Atabatul Ghulam.”

Terkejut Atabatul Ghulam apabila mendengar namanya disebut sebagai mengumpamakan seorang yang jahat sedangkan dia tidak pernah bertemu muka dengan Hassan Al-Basri. Hassan Al-Basri juga tidak pernah bertemu dengannya dan tidak tahu Atabatul Ghulam hadir di majlis pengajian itu. Timbullah keinsafan dalam hati Atabatul Ghulam. Lalu Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepadanya. Atabatul Ghulam pun bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Hingga akhirnya tercatat di dalam sejarah Atabatul Ghulam tergolong antara ulama yang soleh dan berakhlak mulia. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Kerana itu, kita dituntut agar sentiasa memohon maaf atas setiap kesalahan yang kita lakukan dengan berazam dan berusaha untuk tidak mengulangi lagi. Mudah-mudahan beroleh rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Leave a comment

All fields marked (*) are required