Asal Usul KFC

thCAITR9NLB9C2453D3BB9E69FFA62DB6391B57D

Rata-rata orang sangat suka pada KFC. Kelazatannya sama seperti slogan yang diketengahkan iaitu “Sehingga menjilat jari!”. Buat pengetahuan anda, pengasasnya merupakan Kolonel Harland D. Sanders yang lahir pada 1980 di sebuah ladang di Hendryville, Indiana. Namun Harland telah mengasaskan KFC yang pertama pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Manakala pusat operasinya pula bertempat di Louisville, Kentucky, US.

Sudah sedia maklum KFC terkenal kerana ayam goreng yang begitu enak, disalut dengan campuran tepung gandum, garam, lada hitam dan monosodium glutamat. Namun tidak semua orang mengetahui secara telus sejarah  Harland memulakan masakan yang kaya dengan rahsia keenakan rempah ratus berkualiti ini. Pada awalnya, selepas kematian bapanya dan ibunya berkahwin lain, Harland terpaksa keluar rumah mencari pekerjaan.

Dari pada itu, bermacam-macam pekerjaan dilakukan dan banyak juga perniagaan makanan yang dilakukannya. Ada yang berjaya pada awalnya tetapi menemui kegagalan. Apa yang membuatkan dia berjaya ialah sifatnya yang tidak mudah berputus asa dan berusaha tanpa mengenal erti jemu. Sehinggalah dia kembali dengan satu-satunya formula dan rahsia resepi yang dimilikinya iaitu “Ayam Goreng Kentucky”.

bucket

 

 

 

 

 

 

 

Pada ketika itu, dia sudah pun berusia 66 tahun sekali gus berjaya meyakinkan orang ramai dengan masakan ayam gorengnya itu. Bermula dari bawah, dia kemudian dapat menarik 400 buahrestoran dia Amerika dan Kanada. Hasil daripada wang royalti itu juga, telah meningkat menjadi 650 buah restoran. Hingga kini, sudah hampir 10,000 restoran KFC di seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun KFC Malaysia dibuka pada 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman dan merupakan salah satu anak syarikat Kulim Berhad.

Leave a comment

All fields marked (*) are required