Awas, Si Gila ‘Selfie’ Kamu Mungkin Dibuli!

selfie-man-telephone-taking-picture-himself-35356749Nampaknya ramai orang bercakap tentang perkataan ‘Selfie’ semenjak akhir-akhir ini sehingga Sis Ummah terdorong nak ambil tahu mengenainya. Rupa-rupanya ini ialah trend terbaru dalam alam siber di mana orang akan mengambil gambar diri sendiri menggunakan telefon pintar atau webcam yang kemudiannya dimuat naik ke laman sosial.

Malahan istilah itu telah disenaraikan ke dalam Kamus Oxford dalam talian tahun lalu dan sedang dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam kamus cetakannya.

Khabarnya, ramai orang muda yang dah popular selepas memuat naik gambar ‘Selfie’ dirinya. Tarikan gambar-gambar ‘Selfie’ ini ialah tuan empunya diri boleh menonjolkan pelbagai aksi dirinya dari jarak ‘close up’. Itu yang kita nampak gambar-gambar dalam aksi ‘buat muncung’, lidah terjelir, mata terbeliak, terbaring-baring dan pelbagai lagi. Yang nampak mengghairahkan pun ada! Disebabkan ini gambar yang diambil sendiri, tuan punya diri boleh merakam foto dirinya di mana-mana lokasi. Mungkin di kafe, bilik tidur dan waima dalam tandas pun boleh!

Tetapi awas, jika kamu terlalu ‘gila’ untuk ‘berselfie’ dan memuat naik foto-foto peribadi ke laman sosial dalam pelbagai aksi, kamu sebenarnya sedang mendedahkan diri kepada gangguan pembuli siber. Kamu  kena membaca berita mengenai remaja seperti Kierah Gowers dan Hannah Smith dari UK,  yang baru berusia belasan tahun telah membunuh diri dengan meminum bahan peluntur selepas pembuli dan pemancing ‘online’, dikatakan menyuruh mereka melakukannya. Memang tragis!

Jadi awaslah si gila ‘Selfie’! Kamu mungkin mahu mendapat pujian dan respons yang menggembirakan daripada orang yang menatap foto-foto kamu tetapi jangan sampai terjebak menjadi mangsa sehingga mengancam nyawa sendiri.

Leave a comment

All fields marked (*) are required