Bacaan Al-Quran Tiga Hari Non-Stop@KHijrah’13.

Laporan oleh; Bro UMMAH.

Masjid Tabung Haji Kelana Jaya dan Majalah I bakal mengadakan Karnival Hijrah 2013 pada 1 November depan. ‘Hijrah Memantapkan Ummah’ menjadi tema pilihan karnival tahun ini. Banyak aktiviti yang telah disusun atur bagi merancakkan perjalanan karnival antaranya, Forum Bicara Cinta Anak Muda – Majalah I, konsert amal, demo masakan oleh Master Chef, bengkel penulisan Islamik, seminar dan kursus jenazah, aktiviti khas remaja, kanak-kanak dan muslimah, forum terbuka saudara baru sebagai misi dakwah non-muslim dan Program Kayuhan Amal bersama Sham Kamikaze. Tidak ketinggalan, program bacaan al-Quran tanpa henti selama 3 hari berturut-turut, bengkel seni gitar, wayang pacak, Qiamullail & Solat Subuh Perdana secara berjemaah (pada malam sambutan Maal Hijrah) serta pelbagai jualan sekitar Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Karnival lima hari ini turut mendapat kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Akademi Sinergi, Karya Bestari & Jabatan Agama Islam Selangor. Selain menyaksikan kehadiran Sham Kamikaze dan beberapa penyanyi tempatan lain, artis asal Jawa Timur, Opick turut dijemput bagi sama-sama memeriahkan karnival.
Tahniah dari UMMAHbaru di atas penganjuran karnival. Semoga karnival yang dirancang akan berlangsung meriah dan berjaya mencapai matlamat.

Leave a comment

All fields marked (*) are required