Badminton Tambah Nyawa?

Sebenarnya Bro Ummah nak kongsikan kebaikan penglibatan dalam aktiviti sukan aerobik seperti badminton dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan.

badminton

1) Melindungi daripada penyakit jantung

Satu lagi kelebihan permainan ini adalah melindungi diri daripada serangan jantung, mengurangkan hipertensi dan mengelakkan pembuluh darah daripada tersumbat.

 

2) Menurunkan kolestrol

Permainan badminton secara kerap (sekurang-kurangnya 30 minit sehari) dapat membantu mereka yang hipertensif. Ia membolehkan mereka menepis hipertensi yang dialami tanpa ubat-ubatan. Jika diperlukan juga, ia mungkin hanya melibatkan sejumlah kecil sahaja.

3) Mengurangkan risiko kanser

Tidak rugi menjadikan permainan badminton sebagai aktiviti kecergasan anda kerana ia dapat membantu mengurangkan terjadinya kanser usus besar dan kanser payudara.

thCAV3U928

 

 

 

 

 

 

4) Menurunkan berat badan

Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, permainan badminton merupakan antara aktiviti terbaik yang membolehkan anda mendapat berat badan ideal. Ini dapat dilihat melalui pembakaran kalori yang berlebihan sepanjang permainan yang seterusnya dapat mengelakkan ianya berkumpul sebagai lemak dalam tubuh. tambah lagi, timbunan lemak yang sedia ada dikerah untuk menghasilkan tenaga sewaktu bermain. Walaupun begitu, ia perlu digabungkan dengan diet yang seimbang untuk mendapatkan hasil penurunan berat badan yang maksimum.

5) Tubuh yang sihat

Konklusinya permainan ini dapat menjadikan anda sihat, kuat, bersemangat dan kelihatan muda ! Ia dapat menghindari depresi, rasa cemas, tekanan di samping meningkatkan keyakinan diri. Selain daripada itu, anda juga dapat menikmati tidur yang lena dan berkualiti pada waktu malam, seterusnya bangun pagi dengan penuh cergas keesokan harinya.

Lee Chong Wei Wallpapers (5)

 

 

 

 

 

Jika kita mengamalkan cara hidup sihat, kemungkinan penyakit untuk menyerang tubuh badan kita adalah sangat sedikit. Dengan erti kata lain tiada penyakit, kehidupan akan menjadi lebih ceria dan harmoni disamping melakukan ibadah yang dituntut oleh Allah S.W.T. Bro Ummah pun dah lama tak main badminton. Kalau nak main badminton jangan lupa ajak Bro Ummah. Terima kasih 😛

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required