Bagaimana Nak Jadi Pasangan Romantis?

20518287-illustration-of-a-male-and-a-female-muslim-in-front-of-a-barnhouseAda pasangan suami isteri yang kekal bahagia berumahtangga walaupun sudah 50 tahun hidup bersama. Tak kurang juga yang baru setahun jagung sudah mengeluh rasa tidak disayangi pasangan.

Bagaimana hendak menjadi pasangan yang lebih romantis kepada suami atau isteri anda?

1. Cungkil rahsia pasangan yang sudah lama berumahtangga tentang  apa yang mereka lakukan untuk menjadikan rumahtangga mereka kukuh. Habiskan masa bersama mereka dengan memerhatikan cara mereka berbicara dan memandang satu sama lain.

2. Sentiasa elakkan diri daripada wanita yang gemar bersungut tentang suami atau suami yang tidak tahan dengan isteri mereka.

3. Fikirkan apa yang membuat pasangan anda rasa disayangi. Adakah dia suka kejutan berupa pemberian yang tidak disangka-sangka? Adakah suami anda suka diurut-urut badan dan kakinya? Lihat reaksi isteri anda apabila anda menolongnya di dapur. Adakah suami anda tersenyum apabila anda memujinya? Jika anda tidak pasti tanya terus terang apa yang membuat dia rasa anda sayang padanya dan praktikkan.

4. Ingat bahawa setiap hari adalah hari bercinta anda, sebagaimana anda pertama kali jatuh cinta padanya.

5. Pergi lah ‘dating’ walaupun anda mungkin sudah punya anak lima.  Tak semestinya berjalan jauh. Keluar berdua sambil duduk-duduk di kafe sambil menikmati minum petang sambil bercerita kisah-kisah manis anda berdua sudah cukup bermakna.

4. Jangan lupa baca buku tentang cara-cara berkasih sayang. Jika ada perbalahan berlaku tidak kiralah tentang hati, anak, seks dan perhubungan anda berdua cepat-cepat membaca atau mencari kaunselor yang ada kena mengena dengan masalah anda. Kaunselor yang menggunakan pendekatan agama dalam nasihat mereka adalah lebih baik untuk anda.

5. Paling penting utamakanlah pasangan anda dahulu daripada orang lain termasuk anak anda. Sebab bila pasangan anda rasa disayangi oleh anda urusannya dengan orang lain akan diuruskannya dengan senang hati.

#Klik iklan di atas.

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required