Bahagia Jiwa, Rajin & Sifat Peduli Petua Cantik Selalu.

1377190_701061216587971_2072611082_nIni adalah helaian pertama daripada artikel yang menampilkan legenda pakar kecantikan dunia, Madame Helena Rubenstein. Ia diterbitkan pada tahun 1922 di dalam sebuah majalah berjudul The American Magazine. Artikel ini bercerita tentang pendapat Madame Helena tentang kecantikan dan kebahagiaan. Katanya rupa paras tidak cantik boleh diperbaiki tetapi hanya dengan sifat peduli, rajin dan kehidupan rumah tangga yang bahagia. Madame Helena Rubenstein adalah wanita yang bertanggungjawab mengkategorikan kulit wajah wanita kepada tiga jenis. Beliau juga telah membawa kepercayaan baru kepada para wanita seluruh dunia ketika itu bahawa solekan dan krim anti-penuaan adalah amat penting untuk terus kekal jelita.

Leave a comment

All fields marked (*) are required