Butik Muslim Berkonsep Temu Janji

1238776_3387696028858_227429917_BUTIK ALONG BAKAR 1236238_3387696228863_1134274744_n Bagi kita yang sibuk sepanjang hari dengan pekerjaan dan urusan harian sudah tentu sukar mencari masa terluang untuk membeli pakaian dan keperluan peribadi. Walaupun butik dan pusat membeli belah ada di mana-mana sahaja, belum tentu kita sempat untuk singgah pada hari-hari biasa. Masa kita ada masa tempat membeli itu pula sudah tutup.

Jadi mana hendak dapatkan lokasi yang boleh melayan kita secara temu janji? Jangan bimbang kerana sudah ada butik yang tampil dengan konsep tersebut, iaitu butik Along Hijrah Dan Cinta Hawa, terletak di Sunway, Petaling Jaya. Sis Ummah sempat berbual dengan pengusaha butik, iaitu Along Bakar, mengenai butik yang menampilkan pakaian dan barangan muslim ini.

Menurutnya, butik itu sudah mula beroperasi sebelum Ramadan lalu bagi menampung permintaan pelanggan yang kini lebih cenderung ke arah produk islamik. “Walaupun konsep produk sama dengan peniaga lain, cara kami menjalankan bisnes ini berbeza. Kami membawa konsep temu janji, yakni pelanggan menghubungi kami sama ada menerusi telefon atau pesanan Facebook untuk melawat butik ini. Ia lebih bagus kerana kami terutamanya saya boleh menunggu sendiri kedatangan pelanggan dan memberikan layanan terperinci kepada mereka,” jelas PRO dan pengurus artis yang terkenal di bidang hiburan tempatan ini.

Antara produk yang terdapat di butik ini termasuk pakaian jubah lelaki dan wanita, aneka tudung, air zamzam, air bacaan 30 juzuk serta beg tangan wanita. Bagi anda yang ingin membuat temu janji dan pertanyaan mengenai butik ini bolehlah menghubungi Along Hijrah menerusi talian: 0173046564 atau fb Along Bakar. UMMAHbaru mendoakan agar butik Along Hijrah Dan Cinta Hawa ini dapat terus beroperasi bagi memeriahkan lagi segmen produk muslim di pasaran.

Leave a comment

All fields marked (*) are required