Cahaya Di Sebalik Salju

thCAC7E8S3Belakangan ini, perubahan suhu dalam negara mengundang pelbagai persoalan kepada diri kita sebagai insan kerdil di bawah dunia pinjaman Allah s.w.t. Ada yang mengatakan agak mustahil untuk salji turun di negara yang beriklim khatulistiwa.

Pelbagai pandangan dan pendapat dikeluarkan oleh pelbagai pihak dalam dan luar negara tentang isu ini sehingga menyebabkan kita terkeliru. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan memanipulasikan keadaan demi menyebarkan fahaman mereka yang ingin menyesatkan akidah umat Islam agar terpesong dan menyebabkan seseorang  lebih mempercayai kepada sesuatu lebih daripada Allah s.w.t.

Adalah lebih baik jika kita beribadah dan mendalami agama Islam daripada memikirkan kemungkinan salji akan turun di Malaysia dalam pada masa sama dikatakan petandanya hari kiamat sudah semakin hampir. Adakah jika kita mengetahui kiamat akan berlaku pada hari esok barulah kita mahu bertaubat? Adakah itu yang digelar muslim sejati?

Setelah kita mengetahui betapa tinggi perhatian Islam terhadap ilmu pengetahuan dan betapa Allah s.w.t mewajibkan kepada kaum muslimin untuk belajar dan terus belajar, maka Islampun telah mengatur dan menggariskan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang terbaik (dalam ilmu pengetahuan dan dalam segala hal) dan agar mereka tidak salah dan tersesat.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Siapa tahu jika Allah s.w.t mahukan hambanya kembali ke jalan yang benar dengan cara mengambil iktibar daripada isu yang melanda negara-negara di seluruh dunia. Moga ada pahala dan ganjaran yang menanti kita di akhirat kelak. Wallahualam..

Leave a comment

All fields marked (*) are required