Darwisya Darwish & DarwishDarwisya .

Rupanya perbuatan mereka itu diperhatikan oleh orang-orang Arab di situ. Selesai anak-anak saya membaca, mereka mengeluarkan wang dan menghadiahkannya kepada anak saya. Bukan sedikit yang mereka hulurkan! 50 Riyal untuk hari pertama. Segala coklat dan gula-gula dari beg mereka diberikan kepada anak saya. Hari kedua juga begitu tetapi dengan Arab (orang) yang berlainan. Dan hari ini kami solat Zohor, solat terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah dengan bas. Juga begitu, ada sahaja yang memberi wang kepadanya. Belum sampai ke Mekah, sudah banyak barang mainan dibelinya hasil daripada pemberian orang Arab di Masjid Nabawi.
Darwisya & Darwish
Itu adalah sedikit pengalaman menarik yang telah dialami oleh adik-beradik Darwisya Adrianna, 7 dan Darwish Adrian, 5. Mereka berdua adalah permata hati Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik kedua-duanya membaca dan menghafal 30 surah Al Quran sejak mereka masih bayi. Untuk pengetahuan, Darwish Adrian mula belajar huruf hijaiyah berbaris fatihah ketika berumur 6 bulan. Alhamdulillah!

Berkongsi kejayaan ini bersama-sama para ibu bapa yang lain, maka terciptalah ‘Seminar Asas Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisya.’ Seminar ini telahpun berlangsung di Kuala Terengganu semalam dengan menyaksikan kehadiran seramai 100 orang peserta. Seminar ini bakal dilanjutkan pula ke Shah Alam pada 14 September (khabarnya sudahpun penuh) dan juga di Kepala Batas pada 28 September. Menurut Islamic Parenting Network selaku penganjur menerusi laman Facebook mereka, seminar ini diadakan khusus untuk menggunungkan kesedaran di kalangan ibu bapa bahawa Al-Quran boleh diajar kepada anak-anak seawal mungkin. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh klik, http://www.islamicparentingnetwork.com.my/.

Sekarang, apa kata jom baca apa lagi terjadi kepada adik Darwisya dan Darwish semasa mereka berdua berada di Madinah. Pada Mac lepas, kedua-duanya telah dibawa ibu bapa mereka untuk sama-sama mengerjakan umrah. Klik pautan ini…http://darwishndarwisya.blogspot.com/2013/03/diari-madinah-dan-mekah-bersama-darwish.html

Leave a comment

All fields marked (*) are required