Di sebalik Musibah Banjir, Insaflah Hamba Allah

Alhamdulillah, di sebalik musibah banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia, Bro Ummah memerhatikan beberapa perkara yg bermain di fikiran Bro Ummah. Kadangkala kesusahan mengajar kita erti kesabaran. Bagaimana kita hendak bangkit daripada musibah bergantung kepada individu. Adakah kita terlampau mengejar duniawi sehinggakan kita lupa mengingati Allah S.W.T?

Ada beberapa perkara yang meng232032_banjir-di-pahang--malaysia_663_382gembirakan Bro Ummah. Masyarakat kita masih mempunyai nilai-nilai positif dan semangat tolong-menolong sesama insan. Contohnya, musibah banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini. Ramai rakan-rakan kita yang melakukan program dan menyediakan tempat saluran bantuan. Orang ramai juga menyahut inisiatif ini dengan menderma, melakukan solat hajat dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Adakah Allah S.W.T mahu menguji mangsa banjir ataupun diri kita sendiri?

Selain itu, mangsa-mangsa banjir tidak berputus asa walaupun menghadapi musibah seperti ini. Ini adalah petanda baik dalam masyarakat kita. Kita harus menghadapi semua ini dengan kesabaran, sentiasa beramal soleh dan mengingati Allah S.W.T. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan seharian sehinggakan kita terlupa bahawa dunia ini hanya sementara, pinjaman semata-mata.

Bro Ummah berdoa moga segala bantuan yang kita hulurkan akan dibalas dengan ganjaran syurga. Semoga ketabahan yang ditunjukkan sepanjang menghadapi malapetaka ini dibalas dengan keimanan yang teguh serta dapat dijadikan tauladan bagi menghadapi hari-hari seterusnya.

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required