Fakta Geografi Bahagian 2

1) Semua gondola di Venice, Itali mesti dicat dengan warna hitam kecuali ianya dimiliki oleh golongan atasan.

gondola-venice-468x332

 

 

 

 

 

2) Bandar pertama yang penduduknya berjaya mencecah ke angka 1 juta ialah bandar Rom di Itali pada tahun 133 SM. London di England pula berjaya mencapainya pada tahun 1810 manakala New York di Amerika Syarikat pula pada tahun 1875. Pada hari ini terdapat lebih 300 bandaraya di seluruh dunia yang mempunyai populasi penduduk melebihi 1 juta orang.

3) La Paz, Bolivia yang berada di ketinggian 11,900 kaki dari paras laut adalah bandar tertinggi yang besar di dunia.

4) Zoo San Diego di California, Amerika Syarikat ialah zoo yang mempunyai bilangan haiwan paling besar di dunia.

San-Diego-Zoo-California

 

 

 

 

 

 

5) Air yang berada di Tasik Great Salt di Utah mempunyai 4 kali kemanisan berbanding mana-mana lautan di dunia.

6) Pulau terkecil yang mempunyai taraf sebuah negara ialah Pitcairn di Polinesia iaitu hanya sebesar 1.75 batu persegi.

7) Jalan keretapi yang paling panjang di dunia ialah Trans-Siberian Railway atau Trans-Siberian Railroad yang dibina pada tahun 1891-1916 iaitu rangkaian jalan keretapi yang menghubungkan Rusia Eropah dengan Rusia Timur Jauh. Panjangnya ialah sepanjang 9,288.2 kilometer yang meliputi 8 zon masa yang berlainan.

8) Bendera Filipina ialah satu-satunya bendera kebangsaan yang akan dikibarkan secara berasingan atau berlainan sewaktu perang dengan damai. Sebahagian bendera ini bewarna biru manakala selebihnya berwarna merah. Bahagian berwarna biru akan dikibarkan pada masa damai manakala yang berwarna merah pula akan dikibarkan pada masa perangan.

1130334620X310

 

 

 

 

9) Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai tanaman kopi.

10) Eropah adalah satu-satunya benua yang tidak mempunyai gurun.

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required