Fakta Makanan

1) Jumlah air yang terdapat dalam roti ialah sebanyak 30%, lobak merah 90%, tomato 95%, timun 97% dan tembikai 97%.

2) Lobak merah tidak mengandungi sebarang lemak.

3) Sebiji lobak merah membekalkan lebih 200% kandungan vitamin A yang disyorkan untuk diambil dalam masa sehari.

 

thCAI1B72U

 

 

 

 

 

4) Antara perasa paling terkenal di dunia ialah perisa coklat mengalahkan perisa vanila dan juga pisang.

5) Mengikut istilah botani, pisang ialah herba sedangkan tomato ialah buah-buahan.

pisang

 

 

 

 

 

6) Tomato mempunyai lebih daripada 10,000 jenis.

7) Pengeluaran buah yang paling besar ialah tomato dengan lebih 60 juta tan setahun diikuti oleh pisang (44 juta tan), epal (36 juta tan), oren (34 juta tan) dan tembikai sebanyak 22 juta tan.

lebah-madu-001

 

 

 

 

8) Untuk menghasilkan 1 kilo madu, lebah perlu mengunjungi lebih 4 juta bunga dengan terpaksa melalui perjalanan sejauh 4 kali mengelilingi bumi.

9) Adalah dikatakan tempat makan umum yang pertama dibuka ialah di Kai-Feng, China yang dibuka pada tahun 1153.

10) China menggunakan 45 billion chopstick setiap tahun yang mana 25 juta pokok perlu ditebang untuk menghasilkannya.

11) Ais krim soda yang pertama berada di pasaran di Amerika Syarikat pada tahun 1874.

teh-uncang

 

 

 

 

 

12) Teh dikatakan dijumpai oleh seorang maharaja cina pada tahun 2737 SM semasa beberapa helai daun teh telah terbang ke dalam air yang mendidih.

13) Lebih 90% ikan-ikan yang ditangkap di dunia ini ditangkap di dunia ini ditangkap di bahagian hemisfera utara.

14) Bawang, epal dan kentang sebenarnya mempunyai rasa yang sama tetapi apa yang menyebabkan kita merasakan kelainan semasa memakannya disebabkan oleh baunya.

15) Pada zaman pertengahan, gula dianggap suatu bahan makanan yang amat berharga dan harganya 9 kali lebih mahal daripada susu.

Leave a comment

All fields marked (*) are required