Fakta Manusia

1. Raja Henry III dari Perancis, Louis XIV dari Perancis dan Napoleon kesemuanya mempunyai penyakit yang sama iaitu Ailurofobia ataupun lebih dikenali sebagai takutkan kucing.

2. Penulis drama British, Noel Coward, pencipta terkenal Amerika, Thomas Alva Edison, penulis drama Irish Sean O’Gasey serta penulis novel terkenal British, Charles Dickens serta humoris Mark Twain semuanya tidak pernah menamatkan persekolahan.

3. Empat orang peguam paling dikenali di Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln, Daniel Webster, John Marshall dan A.Douglas, kesemuanya tidak pernah ke sekolah undang-undang.

4. Vaslav Nijinsky (1890-1950) seorang penari balet terkenal dari Rusia berupaya untuk menyilang dan membuka semula kakinya sebanyak 10 kali hanya dalam satu lompatan. Adalah diketahui tidak ada mana-mana penari balet lain yang mampu melakukan sepertinya.

5. Umum telah diketahui bahawa Orville dan Wilbur Wright ialah orang yang bertanggungjawab mencipta kapal terbang tapi apa yang tidak diketahui umum ialah Orville sendiri pernah cedera parah kerana kemalangan kapal terbang. Malahan kemalangan yang sama itu juga telah membunuh seorang lagi penumpang iaitu Lt. Thomas Selfridge yang merupakan orang pertama yang terbunuh akibat kemalangan kapal terbang.

6. Sir Henry Wyat seorang bangasawan pada zaman Richard III (1452-1485) telah dihantar ke Menara London kerana kesalahan politik dan dijatuhkan hukuman mati akibat kelaparan. Walaubagaimanapun, kucing peliharaan Sir henry telah mengekorinya ke menara tersebut dan setiap hari akan merayap melalui cerobong dan akan membawakan Sir Henry burung merpati yang baru dibunuhnya. Dengan cara  ini Sir Henry telah dapat hidup untuk berbulan-bulan lamanya tanpa kelaparan. Akibatnya, apabila raja mendengar keajaiban ini, telah mengarahkan agar Sir Henry dibebaskan.

7. Pada tahun 1972, seorang askar Jepun bernama Yokoi Shoichi telah dijumpai bersembunyi dalam hutan di Guam dan hidup dengan memakan tikus, siput babi, katak, serangga dan juga kacang liar. Dia berada di situ selama 27 tahun iaitu sejak berakhirnya perang dunia ke 2 dan tidak mahu menyerah diri kerana malu dan tidak amanah. Akhirnya setelah dipujuk, Shoichi kembali ke Jepun yang mana doktor mengesahkan dia berada dalam keadaan normal dan sihat. Satu pameran memperagakan pakaian dan artifaknya selama berada dalam hutan telah berjaya menarik 350,000 pengunjung. Tidak berapa lama kemudian, Shoichi bertemu jodoh dengan seorang janda berusia 40 tahun dan mereka telahpun berbulan madu di Guam !

8. Pada tahun 1966, bekas seorang mejar British telah berpindah bersama-sama isteri dan anak-anak lelakinya ke sebuah kaison simen yyang dibina 7 batu di perairan British semasa Perang Dunia ke II. Bates telah menamakan ‘Sealand” dan mengisytiharkan ianya sebagai sebuah negara bebas, mengurniakan dirinya dengan gelaran raja serta isterinya gelaran permaisuri, mengeluarkan setem posnya sendiri, malah turut menghasilkan Dolar ‘Sealand’. Pada hari ini Sealand adalah negara paling kecil di dunia malah rajanya masih hidup.

9. Alfred Bernhard Nobel lahir pada 21 Oktober 1833 di Stockholm, Sweden dan meninggal dunia pada 10 Disember 1896, dia Sanremo, Itali ialah seorang ahli kimia, jurutera, pereka baru, pembuat senjata berbangsa Sweden dan juga pencipta bahan letupan dinamit. Beliau pernah memiliki Bofors, sebuah pengilang senjata utama yang ditukarkan beliau dari peranan terdahulunya sebagai kilang besi dan keluli. Dalam wasiat terakhirnya, beliau menghabiskan harta bendanya untuk menubuhkan Hadiah Nobel. Unsur sintetik “nobelium” dinamakan sempena beliau.

10. William Blake ialah seorang pemuisi, pelukis dan pencetak berbangsa Inggeris. Walaupun tidak dikenali ramai sepanjang hayatnya, Blake kini dipandang sebagai tokoh yang berpengaruh dalam sejarah puisi dan seni lukisan Zaman Romantik. Karya puisinya dikatakan membentuk “hasil puisi yang kurang sekali pembacanya dalam bahasa Inggeris dibandingkan dengan segi pencapaiannya, manakala seni lukisnya telah disanjungi sebagai “pelukis terhebat sekali yang pernah dilahirkan oleh Britain” dari seorang pengulas moden.

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required