Fakta Sains Bahagian 1

Bukan semua orang berminat dengan sains tapi apa salahnya kalau kita belajar serba sedikit tentang sains. Kita takkan pernah rugi jika ingin mendapatkan ilmu. Bro Ummah nak kongsikan beberapa fakta sains. Mana tahu boleh kita gunakan satu hari nanti.

1. Tempat terpanas di dunia ialah di But El Azizia di Libya yang pernah mencatatkan suhu 57.8 darjah celcius (136 darjah fahrenheit) pada 13 September 1922 manakala di Lembah Mati di California suhu tertinggi pernah dicatat ialah 134 darjah fahrenheit.

2. Tempat paling sejuk di dunia ialah di Vostok, Antartika. Mengikut rekod, catatannya ialah -89 darjah celcius (-129 darjah fahrenheit) iaitu pada tarikh 21 Julai 1983.

vostok

 

 

 

 

 

 

3. Tempat paling kering dalam dunia adalah Arica di Chile. Ia hanya menerima hujan sebanyak 0.03 inci (0.76 milimeter) setahun. Dengan jumlah itu, untuk memenuhkan secawan air, akan mengambil masa selama satu abad.

4. Satu per tiga daripada permukaan bumi adalah gurun.

sahara

 

 

 

 

 

 

5. Terdapat habuk angkasa yang jatuh ke bumi dan jumlahnya dianggarkan sebanyak 1,000 juta gram atau 1,000 tan bahan-bahan yang memasuki permukaan atmosfera bumi setiap tahun.

thCAF7I41Z

 

 

 

 

 

6. Keluasan permukaan bumi ialah 510,100,100 kilometer persegi.

7. Tempat yang diketahui paling dalam ialah di Mariana Trench, di Lautan Pasifik iaitu di bahagian selatan Jepun atau berhampiran dengan Pulau Mariana yang mana kedalamannya ialah 11 kilometer.

8. Secara kasarnya diketahui terdapat 4,000 jenis mineral walaupun hanya 200 daripadanya yang betul-betul berguna. Adalah dikatakan sebanyak 50 sehingga 100 mineral baru dilaporkan setiap tahun.

9. Tempat paling basah dalam dunia ialah di Colombia di tempat yang bernama Lloro. Ia menerima purata hujan sebanyak 523.6 inci setahun ataupun 13 meter setahun.

10. Secara puratanya sebanyak 400 gelen air digunakan dalam sehari di seluruh dunia.

Leave a comment

All fields marked (*) are required