Gurauan Dan Jenaka Rasulullah S.A.W

Bro Ummah dah masukkan beberapa cerita tentang gurauan dan jenaka Rasulullah S.A.W. Rasulullah juga berjenaka, tapi baginda melarang melakukan kelakar yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak. Sifat berjenaka dan periang adalah relevan ada pada Rasulullah S.A.W kerana baginda merupakan role model dan dikagumi ramai. Jika Rasulullah tidak bersifat periang dan peramah mesti sukar bagi orang ramai untuk berhubung dan mengambil manfaat daripada baginda.

1) Rasulullah S.A.W Menghiburkan
Kanak-kanak

Cute-Muslim-Kids-in-Saudi-Dress-480x447Anas r.a. juga mengatakan Rasulullah s.a.w. memang kerap berjenaka apabila bertemu dengan para sahabat. Pada suatu hari, kebetulan beliau mempunyai seorang saudara yang lebih muda (adik). Baginda s.a.w. pun berjenaka dengannya: “Wahai Abu Umair! Ke mana perginya nughairmu?” Nughair adalah nama sejenis burung yang kecil yang pernah dibela oleh kanak-kanak tersebut.

 

 

 

 

2) Berjenaka Bukan Berdusta

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berjenaka. Kata AbuthCA938V2H Hurairah, “Wahai Rasulullah! Tuan juga berjenaka dengan kami!” Balas Rasulullah s.a.w, “Ya, tetapi aku tidak berkata dusta.”

 

 

 

3) Rasulullah s.a.w. Bermain bersama Zahir Ibn Haram r.a.

Seperti yang diriwayatkan oleh Anas r.a. Ada seorang penghuni hutan bernama Zahir Ibn Haram r.a. Beliau sering membawa hasil hutan seperti sayur-sayuran sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. Apabila beliau ingin pulang ke rumahnya dari Madinah, Rasulullah s.a.w. akan memberinya hadiah yang berupa barang-barang bandar yang boleh dimakan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Zahir adalah hutanku dan aku adalah bandarnya.”
Wajah Zahir dikatakan tidak menarik namun Rasulullah s.a.w. memberi perhatian yang istimewa kepadanya. Pernah suatu ketika Zahir r.a. sedang berdiri menjual barang-barangnya. Rasulullah s.a.w. secara senyap-senyap berdiri di belakang Zahir lalu menangkapnya.
“Siapa ini? Lepaskan aku,” kata Zahir. Tetapi Zahir dapat melihat dari ekor matanya bahawa yang mengusiknya adalah Rasulullah s.a.w. Maka secara berhati-hati beliau menekan belakangnya ke dada Rasulullah s.a.w.
“Siapa yang mahu membeli hamba ini?” Tanya Rasulullah s.a.w. secara berjenaka.
“Wahai Rasulullah!” jawab Zahir r.a. “Jikalau tuan mahu menjual saya, tuan hanya akan dapat tawaran harga yang murah disebabkan kecacatan yang saya miliki.”
“Tidak,” sahut Rasulullah s.a.w. “Di sisi ALLAH s.w.t., kamu tidak ada kecacatan, malahan kamu sangat berharga.”

4) Orang Tua tidak Masuk Syurga

 thCABFEMOSHasan Basri r.a. menceritakan seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah s.a.w.
“Ya Rasulullah! Doakanlah agar ALLAH s.w.t. masukkan aku ke dalam syurga,” pinta wanita tua tersebut.
“Orang tua tidak boleh masuk syurga,” jawab Rasulullah s.a.w.
Maka pulanglah wanita tua itu sambil menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Beritahulah pada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga sebagai wanita tua kerana ALLAH s.w.t. akan menjadikan kesemua wanita syurga menjadi anak dara.”
Maksud Rasulullah s.a.w., lelaki dan wanita tua tidak akan masuk syurga dengan keadaan diri mereka yang telah lanjut usia dan nyanyuk, sebaliknya akan dimasukkan sebagai jejaka dan wanita muda. ^_^

5) Pemilik Dua Telinga

Daripada Anas r.a. meriwayatkan pada suatu masa Rasulullah s.a.w. memanggilnya, “Wahai pemilik dua telinga.” Setiap manusia mempunyai dua telinga. Rasulullah s.a.w. mesti mempunyai sebab tertentu untuk memanggil dengan gelaran sedemikian. Kemungkinan beliau mempunyai telinga yang besar atau mempunyai daya pendengaran yang tajam.

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required