Halalkah Kosmetik & Produk Penjagaan Diri Yang Anda Pakai?

 

Kita mandi dengan sabun mandian, mencuci rambut dengan syampu, mengenakan bedak, gincu, pemerah pipi dan akhirnya mewangikan ketiak dengan semburan yang menerbitkan kesegaran. Setiap hari sepanjang hidup kita proses itu berulang-ulang dilakukan demi memastikan tubuh kita bersih dan wangi. Namun pernahkah kita terfikir  tentang halal atau tidak produk penjagaan diri dan kosmetik yang kita gunakan itu?

Bayangkan bagaimana sekiranya hari-hari gigi kita digosok menggunakan ubat atau berus gigi yang mengandungi bahan haram seperti minyak babi dan bulu anjing?

Cosmetics2        Sebagai ummah mencari yang halal itu wajib; bukan semata-mata tentang makanan sahaja malahan apa yang kita kenakan di bahagian luaran tubuh mestilah suci lagi menyucikan. Jika tidak bererti setiap kali kita solat dan melakukan ibadah yang lain kita masih berada dalam keadaan yang kotor mengikut landasan syariah, waima sudah mandi 10 kali sehari.

Apakah kriteria produk kosmetik dan penjagaan diri yang memenuhi syarat halal yang sebenar?

1. Produk tidak boleh mengandungi mana-mana bahagian tubuh manusia atau material yang dihasilkan daripadanya.

2. Tidak ada kandungan produk yang dihasilkan daripada binatang yang haram di sisi agama Islam atau yang tidak disembelih mengikut undang-undang Islam.

3. Produk tidak boleh mengandungi apa-apa material atau  genetik yang organismanya telah diubah suai (GMO) dan telah diisytiharkan tidak suci (najis) mengikut perundangan syariah.

4. Ia tidak boleh diproses, diperbuat dan disimpan menggunakan perkakas yang telah dicemari najis mengikut syariah.

5. Semasa kerja-kerja pembuatan, penyediaan dan pemprosesan produk berlangsung, tidak ada berlaku sentuhan terhadap apa-apa yang haram dan ia secara fizikal mesti diasingkan daripada apa-apa material yang tidak memenuhi spesifikasi seperti yang disebut pada 1 sehingga 4 di atas. Selain itu pada semua peringkat kerja pembuatan, penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan tidak boleh dicemari dengan unsur-unsur najis yang dilandaskan mengikut syariah.

6. Pastikan sebagai pengguna anda mengenal pasti produk yang tidak membawa mudarat kepada diri apabila dipakai.

Saranan Ummahbaru anda mesti menjadi pengguna Islam yang peka terhadap apa yang kita gunakan sehari-hari. Banyakkan bertanya, menyelidik dan membaca laman-laman web seperti Halal JAKIM untuk mendapat maklumat semasa tentang status sesuatu produk.

– Kredit maklumat kepada: Bahagian Halal Hub, Jabatan Pembangunan Islam Malaysia

Website: www.halal.gov.my

 

thCA37R59LKOSMETIK

Leave a comment

All fields marked (*) are required