HALFEST 2013 Oktober Ini.

Laporan oleh; Bro UMMAH

“Setiap Muslim diwajibkan memakan makanan yang Halal dan menggunakan produk-produk Halal kerana mereka bukan sekadar makan dan menggunakan barangan untuk keseronokan tetapi menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan misi dalam dunia ini.”

HALFEST 2013 kini kembali lagi bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pengusaha dan pengguna di dalam pasaran halal Malaysia. Penganjurannya dilihat dapat memberi faedah maksimum pada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan juga dunia.
Selain itu, ekspo ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.
Mengikut statistik HALFEST 2012, ekspo ini telah dikunjungi oleh hampir 68 ribu orang dan mencatatkan peningkatan sebanyak 33 peratus jumlah pengunjung berbanding tahun sebelumnya. Melihat daripada pasaran produk dan perkhidmatan halal dewasa ini, tidak mustahil HALFEST 2013 akan merekodkan jumlah pengunjung yang lebih banyak.
HALFEST tahun ini akan berlangsung selama lima hari bermula pada 2 sehingga 6 Oktober 2013 di Pusat Pameran MINES (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Leave a comment

All fields marked (*) are required