Hati-Hati Masa Bercinta

Untuk meneruskan hubungan percintaan, kamu semua harus berhati-hati agar tidak tersilap langkah. Tapi ia tidak terlalu sukar jika anda bercinta mengikut landasan yang betul.

Love-Wallpapers-love-33002117-1600-1000

 

 

 

 

 

1. Perasaan ikhlas dan jujur mesti ada untuk jatuh cinta. Jangan sesekali anda menjalinkan cinta atas dasar simpati dan kasihan.

2. Jangan berpura-pura atau memaksa diri mendengar kekasih anda bercakap tentang benda yang anda sendiri tidak boleh terima. Itu namanya, hipokrit !

3. Jangan nak berkepit sepanjang masa. Ingat soal dosa pahala. Ini akan membuatkan banyak perkara yang tak diingini timbul terutama melibatkan moral. Ingat kamu belum ada ikatan sah.

4. Ambil perhatian ketika kekasih sedang berbual dengan teman lelaki atau perempuannya.  Jangan sampai keterlaluan.

5. Melirik kepada jejaka atau gadis lain dengan penuh perasaan akan membawa padah. Kalau sekadar niat untuk mencuci mata pun perlu ada batasnya, takut si dia tarik muka pula.

6. Cuba berbaik-baik dengan keluarga dan sahabat karib kekasih anda. Ini bertujuan bagi mengelakkan teman atau saudara mara si dia jatuh cinta pula pada anda atau pasangan itu sendiri.

7. Jangan terlalu berkira dan kalau boleh belajar bertolak ansur terutama soal duit. Ini kerana benda itu terlalu sensitif bagi sesetengah pasangan.

#Klik iklan di atas

Leave a comment

All fields marked (*) are required