Lampu Isyarat Lampu Ajaib

Siapakah pencipta lampu isyarat? Bayangkan jika jalan raya kita tidak mempunyai lampu isyarat. Pastinya lalu lintas akan menjadi sesak dan jumlah kemalangan juga akan meningkat disamping boleh membawa kehilangan nyawa. Oleh itu, dengan adanya kemudahan seperti ini, kita seharusnya mematuhi undang-undang dan mengikuti peraturan lampu isyarat.

Lampu isyarat juga berjaya mengurangkan jumlah kematian dan tidakkah lampu isyarat merupakan lampu ajaib yang boleh menyelamatkan manusia daripada berlakunya kemalangan? Namun begitu, kemalangan yang berlaku sudah diatur oleh Allah s.w.t dan kita harus redha apabila ditimpa musibah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Traffic_light1

 

 

 

 

 

 

Lampu isyarat yang pertama terletak di British House of Parliament, London oleh J.P.Knight yang merupakan seorang jurutera kereta api pada tahun 1868. Ia digunakan sebagai isyarat untuk kemudahan di kawasan kereta api terutamanya pada waktu malam. Disebabkan pada ketika itu mereka menggunakan kuasa gas untuk menghasilkan cahaya lampu isyarat, maka satu letupan telah berlaku pada tahun 1969. Kemudian lahir pula lampu isyarat moden pada tahun 1912 di Salt Lake City, oleh seorang anggota polis iaitu Lester Wire. Kemudian, James Hoge telah mencipta satu buzzer pada lampu isyarat bagi tujuan kecemasan untuk kemudahan pihak bomba dan polis. Kini lampu isyarat digunakan untuk mengawal lalu lintas seperti yang kamu semua boleh lihat di sekitar jalan-jalan raya.

Biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Di dalam keadaan biasa,

1. Lampu hijau: Meneruskan perjalanan sekiranya tiada halangan.

2. Lampu kuning: Bersedia untuk berhenti; jika terlalu hampir dengan garisan dan tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan.

3. Lampu merah: Berhenti.

Biasanya lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya dan lampu hijau pula mempunyai warna biru untuk membantu orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau

Leave a comment

All fields marked (*) are required