Makanan Menguatkan Sistem Imun

Selain daripada ubat-ubatan terdapat beberapa makanan yang dapat membantu menambahkan kekebalan tubuh manusia.

1) Cendawan Shitake

Khasiat ini dah lama diakui di negara-negara Asia untuk menurunkan paras gula dan kolestrol darah. Hasil kajian dari National Cancer Institute, Tokyo, Jepun, ekstrak cendawan shitake memiliki kemampuan menghambat pertumbuhan tumor antara 72 % hingga 92 %.

shiitake

 

 

 

 

 

 

2) Madu

Mengamalkan memakan madu setiap pagi untuk meningkatkan sistem imun memang tak dapat disangkal lagi kerana cara ini dah lama dipraktikkan dalam kehidupan yang sihat. Antara khasiat madu adalah memudahkan penghadaman, menstabilkan kandungan gula dalam darah, menguatkan tenaga, mengelakkan cacingperosak dalam perut, menghilangkan rasa kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Madu juga merupakan makanan harian Rasulullah S.A.W.

rahasia-madu-untuk-rambut-anda

 

 

 

 

 

 

 

 

3) Bawang Putih

Meskipun baunya kurang menyenangkan, namun khasiatnya terbukti menurunkan risiko penyakit kanser prostat. Selain itu, bawang putih juga berkhasiat untuk menurunkan kolestrol dan mengurangi kecenderungan pembentukan darah beku yang boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.

manfaat bawang putih

 

 

 

 

 

 

 

4) Beta-Karoten

Zat ini terkandung dalam wortel, betik, lobak, sayur-sayuran berwarna kemerahan dan minyak kelapa sawit terbukti dapat meningkatkan respons imun. Beta karoten mampu membunuh sel tumor.

papaya_betik

 

 

 

 

 

 

5)  Yogurt

Dianggap ubat tradisional yang membantu membuatkan korang awet muda. Yogurt dikatakan mampu menurunkan kadar kolestrol darah, melancarkan saluran pencernaan, mengelak kanser kolon dan memberi kesihatan yang berpanjangan jika diamalkan mengambilnya setiap hari selama empat bulan. Kaya dengan zat gizi seperti vitamin B kompleks, kalsium dan protein.

frozen-yogurt

Leave a comment

All fields marked (*) are required