Sirah Nabi: Ajaib Makanan Sedikit Namun Mencukupi

Seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w bernama Jabir bin Abdillah r.a telah menyuruh isterinya memasak makanan untuk dihidangkan kepada Nabi. Setelah masakan siap, Jabir pun mempelawa Nabi datang ke rumahnya.

Jabir tidak bercadang menjemput ramai tetamu kerana makanan yang disediakan tidak sebanyak mana. Sekira-kira cukup hanya untuk seorang dua tetamu. Sebab itulah beliau hanya mengundang Nabi Muhammad seorang sahaja.

Nabi s.aw pun tahu akan hal itu. Tetapi baginda tidak menganggap ia satu masalah. Lalu dengan senang hati Nabi memanggil Sahabat-sahabat baginda bersama-sama pergi ke rumah Jabir. Lagi pula baginda tidak biasa makan seorang diri tanpa ditemani Sahabat-sahabat yang lain.

Alangkah terkejutnya Jabir r.a melihat tetamu yang datang berbondong-bondong. Kebetulan pada waktu itu kerja-kerja menggali parit ‘Khandak’ sedang berjalan.Cukup dengan Nabi memanggil mereka untuk mengumpulkan jumlah seramai itu.

Walaupun agak cemas, Jabir tetap melayan para tetamunya dengan baik dan mesra. Diserahkan segala-galanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Tetamu yang datang silih berganti bergilir-gilir masuk menikmati hidangan. Dan keluar dengan senang setelah kekenyangan.

Dengan matanya sendiri, Jabir r.a melihat satu keajaiban yang sungguh luar biasa. Bagaimana makanan yang pada mulanya hanya cukup untuk Nabi seorang sahaja tetapi boleh mengenyangkan lebih kurang 1000 perut yang kosong?

Maha Suci Allah yang berkuasa menjadi sesuatu mengikut kehendak-Nya.

Leave a comment

All fields marked (*) are required