Menyuntik ‘Nafas Baru’ Dapur Anda Tahun Ini

kitchencabinet

Tahun ini anda boleh menampilkan ‘nafas baru’ pada ruang dapur kediaman  dengan menyuntik elemen yang segar dan berwarna. Ayuh, mencubanya.

1. Menata tumbuh-tumbuhan kecil berwarna hijau.

Tempatkan daun-daunan hidup berwarna hijau dalam pasu kecil di ruang yang bersesuaian untuk menyegarkan pandangan mata dan menyuntik kesegaran ruang.

2. Kabinet putih

Kabinet dapur berwarna putih dan polos sememangnya akan menampilkan aura ruang yang lapang. Ia juga menyuntik ilham hiasan Inggeris bagi mereka yang bercitarasa baru.

3. Pinggan mangkuk ‘fancy’

Beli pinggan mangkuk baru yang bercorak abstrak dan polos namun berwarna terang. Reka bentuknya yang pelbagai  dan tidak terbatas kepada bulat atau lonjong sahaja, juga memberi perubahan pandangan apabila makanan dihidangkan di dalamnya.

4. Desain pelapik meja moden

Sesuai dengan konsep moden yang mahu diterapkan pilih pelapik meja yang abstrak, polkadot atau bercorak ringkas.

5. Storan barang

Bagaimana sekalipun perkakas atau corak hiasan yang dibawa ke dalam ruang dapur, ia tidak akan berhasil sekiranya kita masih tidak prihatin tentang kekemasan keseluruhan. Jadi pastikan sistem storan dan penyimpanan barang lengkap tersedia dan cukup untuk menyimpan perkakas yang tidak sepatutnya diletak di ruang terbuka.

Selamat menghias.

 

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required