Kanser Payudara Paling Tinggi

Oleh: YATI RAHIM

Tidak ada lagi kehidupan tanpa kanser. Kita bergelut dengan kanser penyakit yang paling rakus di dunia buat masa ini. Inilah  sekurang-kurangnya yang dapat saya rumuskan berdasarkan pengalaman sendiri mempunyai dua orang ahli keluarga paling rapat menjadi mangsa penyakit kronik ini. Salah seorang daripadanya menjadi korban kanser payudara.

Sungguh dukacita memikirkan hakikat ini namun kita tidak ada pilihan lain selain berikhtiar dan berdoa sesungguh hati agar penyakit ini tidak terkena kepada sebanyak mungkin manusia di sekeilling kita.

Apakah kanser paling tinggi jumlahnya di negara kita?

Kita dambakan kehidupan bebas kanser dan jauh daripada penyakit kronik.jalan raya super awesome18

Apakah kanser paling tinggi jumlahnya di negara kita?

Menurut Agensi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 37,000 orang rakyat di negara ini  dikenal pasti menghidap pelbagai jenis kanser setiap tahun. Daripada jumlah itu  kanser payudara dikenal pasti sebagai penyakit kanser yang paling tinggi jumlah penghidapnya setiap tahun iaitu 5,410 diikuti kanser usus besar (kolorektor) 1,976 dan kanser paru-paru 1,163.

 

Presiden dan Pengarah Perubatan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. S. Saunthari berkata, biarpun jumlah tersebut agak rendah jika dibandingkan dengan negara-negara sedang membangun lain, jumlah kematian disebabkan penyakit itu adalah tinggi berbanding negara-negara tersebut.

“Kurangnya pendidikan mengenai kanser, tidak membuat pemeriksaan kesihatan serta lewat mendapatkan rawatan merupakan antara punca jumlah kematian disebabkan penyakit kanser tinggi,” katanya.

Info Utusan Malaysia * Khamis 28 Julai 2016

Leave a comment

All fields marked (*) are required