Mesti Baca! Buku Belajar Buat Blog A-Z

final-bookbukublogSebagai orang yang baru berjina-jinak di bidang blogging, jujur Sis Ummah katakan, Sis Ummah sangat tertarik dengan sebuah buku bertajuk, Belajar Buat Blog A-Z . Karya hasil penulis Ani Nadila terbitan Buku Prima Sdn. Bhd., ini mengandungi segala yang anda ingin tahu tentang Blog terutama untuk kaum wanita, tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan ketiga Blogging.

Selain tip-tip keselamatan, A-Z Blog juga menampilkan panduan langkah demi langkah membina Blog menggunakan Blogger.com. Daripada membina Blog, memasukkan gambar, lagu dan video serta tip ekstra untuk mencantikkan lagi Blog, semuanya terkandung di dalam buku ini.

Turut disertakan gambar dan ilustrasi berkaitan untuk memudahkan pembaca memahami isi yang cuba disampaikan serta didatangkan dalam cetakan berwarna penuh. Bagi yang berminat sila menambah ilmu sila dapatkannya di pasaran pada harga RM16.50.

Anda juga boleh melayari portal http://www.aninadila.com bagi mendekati entri  penulis berpengalaman ini.

Leave a comment

All fields marked (*) are required