Berdakwah Melalui T Shirt.

UMMAHbaruMuslimTEEMenjual jersi dan mengambil tempahan mencetak t-shirt adalah titik mula dunia perniagaan Mohd Azian bin Mat Juri. Biarpun telah beratus-ratus jersi dan t-shirt dijual namun hatinya belum lagi berjumpa kepuasan yang sebenar. Syukur alhamdulillah, Allah menghadiahkannya laluan mudah dengan dikurniakan idea menghasilkan rekaan-rekaan berimej Islamik untuk dicetak pada t-shirt.

421865_313961275392342_901076548_nYakin bahawa inilah kepuasan mutlak yang dicari-cari selama ini, Azian tidak teragak-agak untuk terus memacu laju bisnes online miliknya. Hari demi hari, Muslim Tee makin mendapat perhatian dan sambutan ramai kerana kelainan reka corak grafik yang dipersembahkan.T-shirt Muslim Tee dijual dengan harga serendah RM20. Kepada mereka yang berminat bolehlah berhubung terus dengan Azian di akaun Facebooknya, Muslim Tees.

Picture 4

Leave a comment

All fields marked (*) are required