‘MyBawal’ Di Kota Big Apple.

Laporan oleh: Bro UMMAH

Ahad 8 September 2013 bertempat di The Park Central Hotel, New York, jenama tudung yang diilhamkan oleh NorJuma Habib MohamedMYBawal-Scarf-By-Norjuma-Habib-Mohamed2013-PNYCFW-SEPT-POSTER iaitu ‘MyBawal’ telah diperagakan di ‘PLITZS New York City Fashion Week’. Pertunjukan fesyen ini dikelolakan oleh PLITZS Fashion Marketing.
Acara ini menjanjikan momen keemasan kepada para pereka fesyen sama ada di Amerika sendiri mahupun seluruh dunia satu pendedahan jenama, jaringan kerjasama global dan pastinya peluang bagi menonjolkan rekaan masing-masing di pentas peragaan dengan yuran sangat minimum.
Selain penyertaan dari Malaysia dan juga Amerika, minggu fesyen tersebut turut menyaksikan rekaan kreatif daripada pereka fesyen Kanada, Ghana, Trinidad & Tobago, Nigeria, Poland, Jamaica, United Kingdom, Itali, China, Jerman, Rusia, Mexico dan juga Republik Dominica.
Selain daripada rekaan tudung MyBawal, pentas peragaan ‘PLITZS New York City Fashion Week’ juga menyaksikan persembahan menarik rekaan fesyen kasual, gaun petang, gaun pengantin, baju kanak-kanak dan juga aksesori perhiasan wanita.
‘PLITZS New York City Fashion Week’ ini juga menampilkan rekaan fesyen daripada seorang artis wanita popular tempatan iaitu Sazzy Falak. Mempertaruhkan jenama Street Fashion, sesi pertunjukan fesyen Sazzy Falak adalah sehari sebelum giliran NorJuma.
Tahniah dari UMMAHbaru buat Juma dan Sazzy. Semoga pelaburan yang dibuat membuahkan hasil yang lebat selepas ini.

Leave a comment

All fields marked (*) are required