Nak Beli Perabot?

image

 

Awal-awal tahun ini ramailah yg. berkira-kira nak cantikkan rumah. Perabot tentunya ada dalam senarai belian kita. Tetapi sebelum membeli kaji dulu beberapa aspek agar Alah Membeli, Menang Memakai.

1. Perlu atau tidak? Kadangkala kita bukan perlukan sangat perabot yang nak dibeli. Ia cuma sebab kita berkenan melihatnya menerusi katalog. Jadi daripada membazir fikir betul-betul nak guna atau tidak barang itu nanti.

2. Gaya kena sesuai. Walaupun minat sangat dengan sesuatu perabot itu pastikan ia sepadan dengan gaya keseluruhan ruang. Jika tidak akan nampak janggal.
3. Selesa. Perabot mahal tidak semestinya selesa. Jadi teliti daripada aspek saiz dan bahan buatan perabot.
4. Pilihan warna: Padankan warna dengan keseluruhan ruang. Kalau nak selamat pilih warna semulajadi.

5. Sepadan ruang. Sebelum membeli pastikan sudah diukur ruang,tinggi,lebar perabot supaya muat bila dipasang nanti.

6. Tahan lasak. Terutama bagi yang ramai anak tengah nak membesar memang aspek ketahanan perabot perlu diberi keutamaan.
Selamat membeli belah.

Leave a comment

All fields marked (*) are required