Novel Laskar Cinta

laskar_cinta_reprint-02

Jualan Pantas!

RM14.00 (SM)  Sahaja! – Masuk Harga Pos

Bank-in ke Akaun: 114271117732 – Maybank (Norhayati Abd Rahim)

Wassap bukti bayaran ke: 012-3471962 (berserta nama dan alamat pos)

Urusan penghantaran pos laju akan berlangsung 3-5 hari

………………………..

Sinopsis

Novel Laskar Cinta Isma Ae Mohamad  >Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang tersembunyi, ‘kaw thoo lei‘. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama menodai keamanannya. Kaum Karen terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri dan mereka sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka.

Nadine, seorang gadis Malaysia yang patah hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Thai-Myanmar dan menjadi sukarelawan di sebuah kem pelarian kaum Karen. Dia mengharapkan dapat menemui ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam, Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal, dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan pejuang gerila.

Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar identiti sebenar pejuang gerila yang Kim dan rakan-rakannya sertai.

Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjata!

Leave a comment

All fields marked (*) are required