Pelancaran Radiglow santai & meriah

 

Suasana ballroom Hotel Royal Chulan pada petang pelancaran produk suplemen Radiglow, 12 Disember lalu kelihatan ceria. Berbeza dengan acara-acara yang lain di mana tetamu terpaksa menunggu lama untuk menikmati makanan, tetapi pada acara ini semuanya diraikan dengan hi- tea serba enak seawal sebelum majlis bermula lagi.

Sambil menjamah makanan tetamu bertegur sapa dan berborak dengan rakan-rakan serta kenalan yang rata-rata mengenali antara satu sama lain. Santai sekali seperti majlis ‘get together’ kawan-kawan yang agak lama tak bertemu.

Kemunculan duta produk Radiglow Irma Hasmie, ditunggu-tunggu. Dalam gaun yang elegan ternyata wajahnya berseri-seri, kulitnya bertambah mulus menampakkan keberkesanan hasil menggunakan suplemen anti penuaan tersebut. Radiglow yang menampilkan tagline, “Freeze your age”, ini dikeluarkan oleh Seri Udani Beauty Sdn. Bhd. Menurut pemiliknya, Datin Seri Udani, walaupun baru beberapa bulan dipasarkan produk ini sudah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Di majlis tersebut tetamu juga berpeluang menikmati rasa suplemen Radiglow yang didatangkan dalam bentuk seperti gula-gula yang boleh dikunyah terus.

Acara disemarakkan dengan persembahan penyanyi Alyah dan Anuar Zain manakala Fahrin bertindak sebagai pengacara. Wajah-wajah selebriti yang turut kelihatan ialah Dato’ Shake, Fazli Zainal, Mekap Artis terkemuka Zulfadzli Suhadi dan Pereka Fesyen Hideaki.

UMMAHbaru menjangkakan produk ini bakal ‘meletup’ di pasaran dan menjadi pilihan wanita yang mahu mempertahankan kemudaan wajah mereka. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini bolehlah melayari: www.facebook.com/Radiglow-Official.20131217_15493120131217_16154720131217_16292020131217_16013620131217_155847

 

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required