Pencetus Ummah, Siapa Bakal Juara?

Setelah enam minggu bersaing, kini, saat yang dinantikan sudah tiba buat empat peserta Mimbar Pencetus Ummah (PU), bersaing di peringkat akhir. 4 orang finalis iaitu PU Shahul, PU Hafiz, PU Rahmat dan PU Yeop diumumkan sebagai peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir program realiti tersebut.

Juara Pencetus Ummah akan menerima sebuah kereta dan wang tunai serta pakej percutian untuk dua orang ke China dan trofi. Naib johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai RM 10,000. Bro Ummah percaya yang mereka akan berjaya mengubah dan mencetus fenomena baru dalam mendidik umat Islam di serata dunia. Insyaallah..

 

image

 

 

 

 

 

 

Biodata Finalis Pencetus Ummah

1) PU Shahul

Nama: Shahul Hameed M.P.H seeni Md

Umur: 38

Asal: Teluk Kumbur, Pulau Pinang

Pendidikan: Sarjana Hadith Al-Quran dan Sunnah UKM

Pekerjaan: Pengetua Maahad

Komen PU Shahul: “Ternyata finalis dalam Pencetus Ummah ini semuanya hebat-hebat daripada segi ilmu dan mampu untuk berdakwah. Cabaran saya dalam pertandingan ini ialah bagaimana untuk memenangi hati para juri selain dapat menarik para penonton ke arah mendalami ilmu agama”.

2) PU Hafiz

Nama : Muhammad Hafiz Mohd Haneefa

Umur: 32

Asal: Klang, Selangor

Pendidikan: Sarjana Pengajian Al-Quran dan Sunnah (UIAM)

Pekerjaan: Pensyarah Qiraati dan Naib Presiden Akademi di Kolej Hafiz, Klang.

Komen PU Hafiz: “Saya harap dapat meneruskan bidang dakwah tidak kira menang atau kalah dalam pertandingan akhir ini nanti. Dapat ke final daripada 12 peserta lain pun sudah kira bersyukur. Saya harap pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang”.

3) PU Rahmat

Nama: Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

Umur: 20

Asal: Segambut, Kuala Lumpur

Pendidikan: Matrikulasi Melaka

Pekerjaan: Mahasiswa

Komen PU Rahmat: “Sebagai peserta yang paling muda dalam Pencetus Ummah, saya akan gunakan pendekatan usia para penonton yang sebaya saya agar lebih mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu”

4) PU Yeop

Nama: Mohd Zainudin Mohamed Zaini

Umur: 32

Asal: Bagan Datoh, Perak

Pendidikan: Diploma Tahfiz Quran Walqiraati

Pekerjaan: Penolong Pegawai Agama

Komen PU Yeop: “Saya berharap dapat menyumbang sesuatu dalam bidang dakwah Islamiah dalam pertandingan ini dengan cara saya sendiri. Saya antara lain menggunakan pendekatan sedikit humor bagi menarik perhatian agar lebih mudah untuk menerima serta menghayati ilmu-ilmu dalam Islam”.

Bro Ummah berharap agar program Pencetus Ummah ini akan berterusan bagi mengembangkan lagi institusi dakwah di negara kita. Semakin popular pendakwah, makin mudah untuk berdakwah. Saksikan malam ini!  😀

 

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required