Petua Kecantikan

Kali ini ada pelbagai petua untuk tampil kurus dan kekal langsing. Tidak salah jika ingin mencuba.

1) Kempiskan Perut

a) Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua-dua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh dan amal dua kali sehari.

b) Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

thCANO2BLZ

 

 

 

 

 

 

2) Buang Lemak

a) Ambil buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dibersihkan. Rebus pinang muda dalam belanga sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum airnya dan kesannya anda akan lebih mudah membuang air besar di mana semua lemak di dalam perut akan keluar.

buah-pinang-muda-11-300x183

 

 

 

 

b) Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah
airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain.
Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan.

3) Kurang Berat Badan

Ramas asam jawa ke dalam air sebanyak segelas. Kemudian masuk ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman harian. Kesannya akan dapati badan segar dan langsing.

4) Langsing

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati.

lobakmerahtimun

 

 

 

 

 

5) Mengurangkan Buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi. Minum dua kali sehari dan anda akan memperoleh berat badan ideal lagi langsing.

 

 

Leave a comment

All fields marked (*) are required