Planking Pelik Popular

Planking merupakan cara bergambar pelik yang menjadi trend terkini. Ia menular bagaikan wabak sehingga mewujudkan fenomena di sesetengah negara. Di Malaysia mungkin aktiviti ini masih belum popular dan tidak diketahui ramai. Bro Ummah juga tak pasti sama ada trend ni boleh menimbulkan keburukan atau menjadi salah satu cara untuk seseorang berekspresi dengan cara yang lebih pelik tapi popular. Syarat nak buat benda ni senang je. Korang hanya perlu baring sambil wajah menghadap ke bawah. Kemudian rapatkan kedua-dua belah hujung kaki menyentuh tanah dengan kedudukan seperti berdiri. Mengikut peminat tegar planking, markah paling tinggi akan diberikan berdasarkan pada lokasi dan jumlah penonton yang menyaksikan aksi tersebut. Walaupun seperti tiada tujuan namun ia semakin menular dan digemari di seluruh dunia.

planking-mexicoSesetengah pendapat mendakwa, aktiviti planking bermula di England kira-kira 16 tahun lalu. Dua orang remaja Gary Clarkson dan Christian Langdon mendapat idea untuk melakukan aktiviti planking di tempat awam. Aktiviti planking pada ketika itu diberi nama “The Lying Down Game”. Ia dilakukan oleh mereka berdua untuk berseronok tanpa mengeluarkan tenaga yang banyak. Pastinya orang ramai akan berasa kehairanan melihat gelagat mereka berdua.

 

machu-picchu-plankEvolusi planking mengambil masa yang sangat perlahan dalam tempoh 10 tahun. Ia menjadi popular selepas Gary dan Christian membuka akaun Facebook dan menyiarkan gambar planking. Mereka berjaya mengumpul peminat yang sangat ramai dalam masa beberapa minggu sahaja.

Aktiviti planking kini sangat popular di serata dunia khususnya di Australia. Kegilaan planking di Australia bermula pada awal 2009 apabila pihak polis menahan seorang lelaki yang cuba melakukan aksi tersebut di atas sebuah kereta peronda polis. Dia kemudiannya didakwa atas kesalahan berada di atas kenderaan polis tanpa tujuan. Penahanan itu menjadi tajuk berita utama di dada akhbar dan televisyen. Jumlah peminat Facebook Planking Australia meningkat mendadak dari lapan ribu ke lebih 100 ribu peminat dalam tempoh beberapa hari.

Namun begitu ada bahayanya aktiviti ini. Jika anda mahu melakukan planking pastikan anda mendapat kebenaran pihak berkuasa dahulu. Sekadar perkongsian, berfikir sebelum buat, takut nanti menyesal di kemudian hari. 😀

thCA7HNJWN

Leave a comment

All fields marked (*) are required