PlayStation4 Berkamera ‘Sold Out’!

UMMAHbaruPS4CameraSecara rasminya SONY Malaysia telah pun memperkenalkan konsol generasi baru mereka, PlayStation 4 untuk pasaran tempatan. Mesin permainan konsol popular yang membawa moto “Play the Future First’ itu bakal dijual bermula 20 Disember ini pada harga permulaan RM1799. Para peminat PS4 dan mereka baru hendak berjibnak-jinak dengan permainan konsol boleh juga membuat pesanan sebelum tarikh pelancarannya melalui pesanan secara atas talian di laman web SONY Malaysia. Berita paling hot adalah apabila mesin permainan hebat varian berkamera yang ditawarkan di dalam talian sudah habis ditempah. Sold out. Wow, laku macam pisang goreng panas! Selain daripada varian asas, PlayStation4 turut menawarkan varian berkamera yang dijual pada harga RM1899. Selian daripada mesin konsol warna hitam berkapasiti 500GB, alat kawalan  DUALSHOCK 4, headset mono, kabel HDMI dan tidak ketinggalan kabel kuasa. Tambah menarik untuk pembelian lebih berbaloi, dua set bundle akan disertakan untuk jualan PlayStation 4 kali ini yang membawa masuk permainan berjudul KillZone Shadow Fall (RM1939) dan Battlefield4 (RM1969) serta aksesori dan kelengkapan lain yang standard.    Spesifikasi penuh adalah seperti berikut:UMMAHbaruPS4

Leave a comment

All fields marked (*) are required