Program Sihat Itu Indah MPK Dapat Sambutan

Di celah-celah kesibukan bekerja kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK), masih sempat menganjurkan Program Sihat Itu Indah yang berlangsung di Dewan Hamzah, MPK, baru-baru ini. Program satu hari yang mensasarkan pendedahan mengenai peri pentingnya menjaga kesihatan itu diisi dengan beberapa aktiviti termasuk Ceramah Obesiti oleh Pegawai Kesihatan KK Tanjung Sepat Dr. V.C. Anuratha a/p Subramaniam dan dua pertandingan iaitu Pertandingan Memasak Makanan Sihat dan Gubahan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Majlis dimeriahkan oleh pengacara majlis iaitu Chef Yang Jamil yang turut menunjukkan cara-cara membuat jus buah-buahan yang lazat. UMMAHbaru memaparkan gambar-gambar sekitar acara berlangsung.20131219_093905 20131219_093922 20131219_094412 20131219_094449 20131219_105845 20131219_110026 20131219_101320 20131219_112254 20131219_112044 20131219_150939

Leave a comment

All fields marked (*) are required