Rasulullah Mengajar Tentang Solat

Muhammad-PBUH-Names-Wallpapers

 

 

 

 

 

 

Suatu masa Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ilmu berkaitan dengan solat. Nabi bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Abu Dzar al-Ghifari r.a. “Apakah jika engkau berada dalam kelompok mereka yang suka melalaikan solat?” Abu Dzar r.a sangat menghormati nabi seperti mana juga para Sahabat lain menghormati Nabi.

Beliau pun menjawab dengan penuh beradab, ” Apakah yang perlu aku buat wahai Rasululullah?” Lalu jawab Nabi s.a.w, “Solatlah pada waktunya sekalipun sendirian. Sesudah itu selesaikanlah urusanmu.”

Jika selepas bersolat secara sendirian (seorang diri) itu, datang sekumpulan orang untuk menunaikan solat berjemaah. Nabi menganjurkan supaya menunaikannya semula secara berjemaah.

Jika Terlupa Rakaat

Nabi Muhammad s.a.w sedang mengimami solat. Selepas memberi salam, seorang Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ada perubahan dalam solat?”

“Mengapa engkau bertanya begitu?” soal Nabi kembali agak hairan.

Sahabat berkenaan pun menerangkan tentang solat yang baru selesai itu. Menurutnya, solat yang baru ditunaikan tadi berlainan daripada biasa kerana tidak sempurna bilangan rakaatnya (mungkin terlebih atau mungkin terkurang).

Lantas Nabi s.a.w pun duduk seperti tahiyat awal sambil menghadap kiblat. Kemudian baginda sujud dua kali. Selepas itu nabi memberi salam seperti mana salam selesai solat.

“Sekiranya ada perubahan  tentang cara solat, sudah tentu aku beritahu kamu semua,” kata Nabi sebaik sahaja kembali menhghadap para jemaah “Aku adalah manusia biasa, terlupa seperti kamu juga kerana itu apabila aku terlupa ingatkanlah aku.”

Nabi s.a.w memberitahu apa yang harus dibuat sekiranya ragu-ragu tentang bilangan rakaat solat. Nabi menyuruh mengambil jumlah yang sedikit. Misalnya solat Zuhur, ragu sama ada sudah rakaat ketiga atau keempat. Anggaplah baru rakaat ketiga dan tambahlah satu rakaat lagi bagi mencukupkan empat rakaat. Kemudian sudahlah dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam.

Leave a comment

All fields marked (*) are required