Resipi Anak Dara, Makaroni Goreng Simple

IMG-20140105-WA0007BLOG REEN FOTOPetang-petang ini mungkin puan-puan terfikir nak memasak yang ringkas-ringkas untuk keluarga. Sis Ummah cadangkan supaya mencuba resipi ringkas Anak Dara ini. Lepas dah cuba bolehlah beritahu admin berapa **** nak beri pada menu ini. Selamat mencuba….

Bahan-bahan:

Setengah peket makaroni or spiral or apa2 sahaja

Daging kisar – apa2 brand dan tidak kisah banyak mana ikut suka

Sosej -potong serong

2-3 biji telur

Bawang holland -dipotong kiub kecil

Bawang putih -diketuk dan hiris kecil

Sedikit sos lada hitam

Sedikit sos cili

Sedikit cili kisar

Bahan perasa secukupnya

Campuran mentega & minyak zaitun

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan campuran minyak dan mentega. Masukkan bawang yang dipotong kiub tadi.

2. Setelah naik bau, masukkan daging dan biarkan hingga masak seketika.

3. Campurkan pula sos lada hitam, sos cili, cili kisar dan gaul sebati.

4. Masukkan bahan perasa secukupnya dan masukkan sosej.

5. Masukkan makaroni dan gaul sebati.

6. Akhir sekali pecahkan telur dan gaulkan sebati. Biar seketika sebelum diangkat.

Resipi ini dikongsikan daripada blog: http://sitizurinamatsaman.blogspot.com Klik untuk membaca lebih banyak entri menarik.

Leave a comment

All fields marked (*) are required