Resipi Tuna Kek Tofu Telur

GJDYKC.jpgTunaNak masak apa malam ini? Nak yang ringkas cuba resipi di bawah berasaskan Ikan Tuna Sardin Ayam Brand.

Bahan-bahan:

1 tin Tuna Omega 3

3 biji telur- dipukul lembut

I paket tofu lembut – lenyek

3 sudu makan daun ketumbar – hiris

1 biji cili merah -hiris

1 biji bawang merah – hiris

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan dan aduk di dalam mangkuk.

2. Panaskan minyak untuk menggoreng, sebaik-baiknya menggunakan kuali tidak melekat dan masukkan satu sudu campuran bahan tadi lalu digoreng sehingga keperang-perangan di kedua-dua belahnya.

3. Hidangkan panas-panas sama ada dengan nasi atau snek sahaja.

Idea Chef: Anda boleh sahaja membuat patties lebih besar untuk dijadikan burger sandwich. Selamat makan!

Leave a comment

All fields marked (*) are required