Semua Kerana Kau, Semut!

UMMAHbaruSemutKepalaBesar

UMMAHbaruSemutGila

 

 

 

 

 

 

 

UMMAHbaruSemutKepalaBesar

Seperti ramai tahu, Allah mengabadikan kisah semut dengan menamakan satu surah di dalam Al-Quran, surah An-Naml, bermaksud semut. Ayat 18 hingga 19 surah tersebut bermaksud,

(“Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

Terdapat bermacam-macam spesies semut dan antara yang popular adalah…

UMMAHbaruSEMUTMAYATSemut Mayat.

Ia adalah spesies semut yang mempunyai kepala dan bahagian dada berwarna gelap manakala bahagian kaki serta bahagian perutnya berwarna agak terang. Di dalam  keadaan gelap, Semut mayat dapat dikenal pasti dengan rupa tompok-tompok pucat bergerak-gerak. Semut mayat mempunyai tabiat berlari cepat dengan hala tidak menentu apabila terganggu. Ia akan bergerak dalam satu barisan. Bersaiz kecil menyebabkan ia mampu masuk ke dalam unit kediaman melalui lubang-lubang super kecil dan amat selesa berada di dapur atau bilik mandi. Sarangnya ditadbir oleh ratu-ratu semut di dalam koloni yang jamak.

 

UMMAHbaruSemutFiraunSemut Pharoah.

Nama saintifiknya adalah ‘Monomorium pharaonis’ merupakan semut yang mempunyai warna kuning pucat pada permukaan tubuh warna kemerahan. Ia gemar memakan sesuatu yang manis dan juga serangga mati. Ia bijak cekap mencari dan mengesan makanan. Lazimnya semut ini amat suka membuat sarang berhampiran dinding-dinding bangunan.

 

UMMAHbaruSemutKepalaBesarSemut Berkepala Besar.

Nama ‘mat saleh’ nya adalah Bigheaded ant dan nama saintifiknya pula adalah Pheidole megacephala (Fabricius). Barat menggelarnya dengan singkatan BHA dan nama itu diambil daripada semut pekerja (worker) yang mana mempunyai saiz kepala besar berbanding bahagian-bahagian badannya yang lain. Semut ini lazimnya berwarna coklat muda sehingga coklat tua yang agak kemerahan.

 

UMMAHbaruSemutGilaSemut Gila.

Semut gila atau nama santifiknya Paratrechina longicornis mempunyai kulit berwarna merah coklat dan ada juga yang berwarna hitam kepada warna kemerahan dan bahkan ada yang dilihat seakan warna hitam. Sebagaimana namanya, semut ini dilihat bergerak di dalam arah yang tidak menentu. Ia dikategorikan sebagai semut yang amat versatile kerana mudah menyesuaikan diri serta boleh hidup di dalam habitat yang ekstrim kering dan juga keadaan lembap.

UMMAHbaruSemutApiSemut Api. Semut api termasuk dalam genus Solenopsis. Ia merupakan semut berwarna merah dan mampu mengigit. Gigitannya amat menyakitkan dan dek kerana kesan gigitannya dikhabarkan seperti dibakar api, ia terus dinamakan fire ant. Gigitannya mampu menyebabkan tempat yang digigit berair.

Namun yang demikian, apakah maksud ayat 18 – 19 Surah Semut ini?

Ayat 18: Menurut Quraish Shihab menunjukan bahawa semut merupakan haiwan atau serangga yang hidup bermasyarakat dan berkelompok. Ia mempunyai prinsip kerja yang tinggi dan sikap berhati-hati hati-hati luar biasa. Manakala di dalamalam tafsir Ibnu Baris pula disebutkan bahawa semut memilki rasa sosial dan solidariti yang tinggi. Mereka tidak ego dan tidak mementingkan kepentingan diri sendiri.
Ayat 19: Memberikan contoh seorang pemimpin. Ayat ‘Maka Nabi Sulaiman tersenyum’, menunjukkan bahawa seorang pemimpin harus memberi respon terhadap penderitaan dan keluhan masyarakat. Seorang pemimpin harus mempunyai keperibadian baik dan selalu berusaha ke arahnya. Pemimpin juga perlu bijak berkomunikasi. Sekalipun Allah telah melimpahkan beraneka ragam kesenangan dan kekuasaan duniawi usahlah terpesona dan taksub padanya kerana ia bersifat sementara. Sikap Nabi Sulaiman AS diwaktu menerima nikmat Allah adalah sikap yang harus dicontoh dan dijadikan tauladan oleh ummah Muslimin. Jangan sekali-kali mengingkari nikmatNya. Berdoa dan bersyukurlah kepada Allah terhadap apa juga nikmat yang telah diberikan.

Leave a comment

All fields marked (*) are required